PROMOSI TERARU AKAN DIUPDATE DARI SEMASA KE SEMASA
Cart 0

Rawatan pesakit kanser payudara peringkat awal

GAMBARAN yang tidak terucap tatkala menerima berita disahkan menghidap kanser payu dara. Apatah lagi bakal kehilangan ciri kewanitaan itu tidak lama lagi. Terbayang di fikiran, rambut semakin gugur, pakaian tidak boleh dipakai lagi serta berat badan tidak secantik dulu.


Wanita sebenarnya mempunyai reaksi yang berbeza apabila diberitahu ada sesuatu yang tidak kena dengan payu dara mereka. Sedih dan tertekan tetapi walau apa pun persoalan yang bermain di fikiran, pada suatu ketika tentu mereka ingin tahu mengenai keadaan sebenar.



Lebih membimbangkan, jika wanita itu didiagnosis menghidap barah payu dara. Hakikatnya, berita ini amat digeruni seolah-olah hidup mereka akan berakhir.


Lebih-lebih lagi, penyakit itu membawa perubahan besar gaya hidup pesakit dan juga memberikan kesan lain termasuk perubahan penampilan, emosi yang tidak menentu dan bebanan kewangan.


Justeru, pembelajaran dan pemahaman mengenai kanser payudara penting agar wanita yang menghidap penyakit itu dapat menangani keadaan krisis dihadapi serta berupaya meneruskan kehidupan lebih positif.


Di negara kita hampir 6,000 kes baru kanser payudara dikesan setiap tahun. Kebanyakan pesakit ini ialah wanita daripada bangsa Cina diikuti oleh wanita India dan Melayu.


Penyakit ini boleh membunuh sekiranya rawatan awal tidak diambil. Malangnya, masih ramai kaum wanita di Malaysia yang menghidap penyakit ini dikesan berada pada tahap tiga atau empat.


Ini kerana kurangnya perhatian terhadap simptom-simptom awal dan tidak ramai wanita berumur 40 tahun ke atas melakukan pemeriksaan saringan kanser payudara.


Menurut Pakar Bedah Rekonstruktif Payudara Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), Dr. Ng Char Hong, jika pesakit dapat dikesan pada peringkat awal, kesedaran awal terhadap ancaman penyakit itu amat penting agar usaha merawat dapat dilakukan segera berikutan peratusan untuk menyembuhkan penyakit itu masih tinggi.


Kanser payudara didefinasikan sebagai kedapatan ketumbuhan yang terbukti malignant di dalam payudara. Ini untuk mengasingkan kanser payudara dengan ketumbuhan lain yang kerap berlaku di dalam payudara.


Radiasi


“Kaum wanita di negara ini harus mengambil langkah proaktif bagi mengesan penyakit ini seawal mungkin kerana rawatan perubatan akan lebih berkesan apabila dilakukan di peringkat awal.


“Saya berharap golongan wanita tahu cara mengurus kesihatan dengan baik dan mengambil langkah-langkah pencegahan awal,” katanya.


Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti ketulan atau biji, perubahan bentuk dan rupa kulit payudara, cecair yang tidak biasa keluar, termasuk darah, keluar daripada puting susu dan kesakitan payudara, segeralah berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan kepastian. Kebiasaannya doktor akan memeriksa payudara tersebut secara manual untuk memastikan adanya tanda-tanda penyakit.


Seterusnya, beberapa pemeriksaan makmal atau imbasan juga akan dijalankan bagi memastikan jika ia kanser atau bukan.


Bagi kanser payudara peringkat awal, terdapat...... rawatan baharu yang dikenali sebagai Terapi Radiasi Intraoperative (IORT). Secara ringkasnya, bagi kanser payudara peringkat awal, pembedahan membuang ketulan (lumpectomy) akan dilakukan dan diikuti rawatan radiasi pada bahagian payudara yang terlibat. Rawatan radiasi perlu untuk mengelakkan sel kanser datang kembali pada tempat yang sama.


“Terapi Radiasi Intraoperative (IORT) ialah satu teknik rawatan yang mengaplikasikan radioterapi secara terus ke atas tisu di sekeliling kanser semasa pembedahan. Intrabeam IORT diberikan semasa pembedahan konservasi payudara (lumpektomi) dalam keadaan pesakit tidak sedar.


“Selepas tumor dibuang, alat radiasi berskala kecil akan dimasukkan ke dalam rongga lumpektomi di mana terapi radiasi disasarkan dengan serta merta dan tepat di bahagian kanser yang telah dibuang. Rawatan Intrabeam IORT mengambil masa 30 hingga 45 minit semasa pembedahan,” jelas beliau.


Penemuan kaedah ini membolehkan pesakit menjalani rawatan radiasi sekali sahaja yang diberikan dalam dos tunggal dan tepat. Secara langsung teknik ini dapat mengurangkan kadar pendedahan radiasi yang memberi fokus kepada kawasan kanser dan jangka masa rawatan yang lebih pendek berbanding kaedah tradisional.


Rawatan IORT terbahagi kepada dua tujuan iaitu yang pertama sebagai dos tunggal iaitu IORT sahaja tanpa perlu radiasi selepas pembedahan dan yang kedua menggantikan radiasi boost iaitu IORT dan selepas pembedahan pesakit perlu menjalani radiasi tetapi kekerapan berkurangan.


Menurut Perunding Onkologi Klinikal SJMC, Dr. Martin Mellor, rawatan IORT, bagi melayakkan pesakit-pesakit menjalani rawatan IORT dos tunggal, pesakit mestilah berumur 45 tahun ke atas.


“Ia juga boleh membantu merawat beberapa kanser peringkat awal termasuk kanser usus, otak dam tulang belakang. Selain itu, kanser mestilah dalam peringkat awal (tahap 1 dan tahap 2 sahaja), kanser yang tidak agresif dan reseptor hormon estrogen mestilah positif.


Pesakit-pesakit yang memenuhi ciri-ciri di atas melayakkan mereka untuk menjalani pembedahan membuang ketulan (lumpectomy) dan IORT dos tunggal. Pesakit yang memilih atau terpaksa membuang keseluruhan payudara tidak boleh menerima IORT,” katanya.


Bagi pesakit yang tidak memenuhi ciri-ciri yang tersebut di atas, Dr. Martin, menjelaskan IORT akan digunakan sebagai boost dan diikuti radiasi secara konvensional selepas pembedahan. Ini akan menjimatkan masa radiasi selama satu hingga dua minggu.


Kaedah perubatan baru ini memberikan akses kepada terapi yang sangat berkesan, lebih selesa dan mengurangkan pendedahan terhadap radiasi. Kulit dan organ yang berhampiran seperti jantung dan paru-paru pesakit tidak terdedah kepada radiasi yang boleh merosakkannya.


Rawatan dos tunggal selama 30 hingga 40 minit tidak memerlukan pesakit mengambil rawatan berkali-kali lantas ia menjimatkan masa dan tidak memenatkan pesakit.


Bagi mereka yang tinggal berjauhan dari hospital rawatan ini sangat praktikal kerana pesakit dapat menjimatkan kos pengangkutan dan penginapan. Berbeza dengan cara tradisional di mana pesakit perlu menjalani rawatan radiasi selama tiga hingga enam minggu.


Kesan sampingan IORT adalah minimum. Antaranya risiko kulit kemerahan di sekitar luka, jangkitan kuman dan seroma. Komplikasi luka yang serius jarang berlaku.

# Pemakanan makanan seperti minyak zaitun dan pati delima sangat membantu wanita dalam kes kanser payudara

http://olivehouseonline.com/products/pakej-set-kanser-cyst-dan-fibrod-olivie30-sari-cuka-tin-jus-delima-



Older post